Pages

Sunday, April 18, 2010

Buat Pencinta ilmu dan diri sendiri

Cara-cara Meninggalkan Maksiat

Di dalam keadaan dunia yang penuh dengan pancaroba ini kita tidak dapat lari dari melakukan maksiat,sama ada maksiat itu berbentuk lahiriah atau batiniah.Adapun maksiat Lahiriah itu ialah seperti mencuri,memukul orang bukan dengan haknya,membunuh,berzina,menfitnah dan sebagainya yang berkaitan dengan perlakuan yang menyalahi kehendak agama.Manakala Maksiat Batiniah itu adalah maksiat yang dilakukan melalui hati,perasaan dan niat.Contoh maksiat hati ialah benci,syak wasangka,iri hati,dengki,mengumpat,mencerca dan sebagainya.Oleh itu ketahuilah wahai saudara ku,hidup kita ini hanyalah singkat dan sementara.Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t mengenai apa yang telah kita buat di atas muka bumi ini di hadapan Allah s.w.t sama ada baik dan buruknya perbuatan kita ini.

Dunia ini adalah tempat ujian dan setiap ujian akan ada perhitungan markahnya.Oleh itu,sementara hayat dikandung badan,hidung masih dapat menyedut udara di bumi Allah ini maka menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama kita menyelamatkan diri kita,keluarga kita,kaum kerabat kita,sahabat kita,jiran-jiran tetangga kita dan seluruh Umat Muhammad S.A.W dari terjerumus ke lembah Neraka yang mana tidak ada satu pun nikmat di dalamnya jika hendak dibandingkan dengan kehidupan syurga yang penuh dengan bermacam2 nikmat.

Ketahuilah Wahai Pencinta Ilmu sekalian - bahawa agama itu terdiri dari dua bahagian iaitu:
Pertama : Meninggalkan maksiat
Kedua : Mengerjakan taat

Sesungguhnya meninggalkan maksiat itu adalah lebih berat dari mengerjakan taat kerana mengerjakan taat itu senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin(Orang-orang yang benar).Oleh itu,Rasululullah S.A.W bersabda:

"Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan(meninggalkan kejahatan).Dan Mujahid(pejuang) yang sebenar ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Cara-cara meninggalkan maksiat yang zahir(Maksiat Anggota)
Ketahuilah bahawasanya apabila kita melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya kita melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan kita yang merupakan nikmat Allah yang dianugerahkanNya kepada kita dan menggunakan amanat yang diberikan kepada kita.Jadi,ketika kita menggunakan anggota itu untuk melakukan maksiat bermakna kita menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan kita telah mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan itu.Anggota kita boleh lah diibaratkan sebagai rakyat kita maka hendaklah kita memikirkan baik-baik bagaimana sepatutnya kita menjaganya.Sabda Rasulullah S.A.W :

"Maka kamu semua adalah pengembala(Pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya(Kepimpinannya)"

Ketahuilah juga wahai saudara ku,bahawasanya semua anggota kita akan menjadi saksi di atas segala perbuatan kita di Padang Mahsyar nanti dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang anggota kita itu akan mendedahkan segala rahsia kita di hadapan perhimpunan agung di Padang Mahsyar.Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman di dalam A-Quran :

Maksudnya : "Di hari itu(Hari Qiamat)akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu,tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat(di dalam dunia dahulu)


(Surah An-Nur:Ayat 24)


Allah s.w.t berfirman lagi :
"Pada hari ini(Hari Qiamat)Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah perbuat (di dunia dahulu)"


(Surah Yassin:Ayat 65)

Maka jagalah baik-baik seluruh anggota badan kita.Khususnya anggota kita yang tujuh(7) kerana pintu neraka itu tujuh(7) pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggotan badan iaitu :


Pertama: mata - Jagalah mata mu dari melihat perkara-perkara yang tidak
mendatangkan kebaikan untuk diri kita khususnya dan akhirat kita amnya.Gunakanlah mata untuk melihat ciptaan Allah dan membaca Al-Quran
Kedua:Telinga - Peliharalah(jagalah) telinga kita dari mendengar perkara-perkara
bida'ah,dusta, umpat-umpatan,keji kejian,kutuk-kutukan dan sebagainya.Sebaliknya hendaklah kita perbanyakkan mendengar perkara-perkara yang benar dan perkara yang dapat mendekat diri kita dengan Allah s.w.t

Ketiga:lidah - Jagalah lidah mu dari mengeji,berdusta,mengumpat,janji palsu,mengeluar kata-kata kesat,lucah dan sebagainya.

Keempat:perut - Jagalah perut kita dari memakan makanan yang haram seperti
daging babi,binatang- binatang yang disembelihan yang tidak menyebut nama Allah,harta anak-anak yatim,hasil curian,hasil judian,hasil telekan,dan sebagainya

kelima:kemaluan - Peliharalah kemaluan kita dari apa yang diharamkan seperti
melakukan zina kerana zina itu adalah perbuatan yang sangat keji lagi besar dosanya disisi Allah s.w.t.Selain itu kita juga diharamkan membuang air kecil(kencing) ditempat laluan orang ramai.

Keenam:Tangan - Hendaklah kita menjaga tangan kita dari memukul seseorang
muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti makhluk Allah serta mengkhianati amanah.

Ketujuh:Kaki - Kedua-dua kaki kita itu hendaklah dijaga daripada berjalan ke
tempat yang diharamkan seperti ke kelab-kelab malam,pusat perjudian,pusat pelacuran dan sebagainya.


Sujudlah Kamu Kepada Allah Kamu Akan Berjaya.....
.............Faqqih ilallah..........

Wednesday, April 14, 2010

Nikmat Kesihatan

Nikmat Kesihatan Tidak Diberi Kepada Semua Orang....




Dua nikmat besar yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang ialah nikmat kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)


Kisah ini adalah cerita bergambar yang sebenar . Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh menggerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.


Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait . Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.


Inilah gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.

Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.

Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim



Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.



Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim


Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.




Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.


Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan



Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim

Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?

Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?

Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .

Dia telah menjawab, "Demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah."

Renung2kanlah betapa besarnya nikmat Allah berikan pada kita,bersyukurlah banyak-banyak disebabkan nikmat kesihatan yang dikurniakan.Kita bebas bergerak ke sana ke mari tanpa menghadapi masalah dan penderitaan seperti Saudara Ibrahim dari Bahrain ini.Hmm...Ape-ape pun Allah bersama orang-orang yang bersabar....adioss!!!


*Terima kasih pada sahabatku adha yang telah berkongsi kisah yang menarik ni dengan aku...

Thursday, March 25, 2010

Waduh-waduhhh kok pening kepala belajerrr



hmmm...baru nak bertatih nih...takpe2 setinggi-tinggi gunung ade jugak orang yang mendakinya.Akan ku cuba sehingga berjaya,menambah ilmu aku untuk terus berblog nih..sekarang nih tgh mencari-cari dan menambah-nambah ilmu.tanya kawan,tanya cikgu,tanya sesapa saje yang tahu...kalau ade budak-budak kecik yang terer buat blog ni pun aku akan belajar dengan diorg.Buat ape nak malu ilmu itu luass kannnn..hehehehe

Sunday, March 21, 2010

Percubaan Pada hari kedua




testing...testing....one two three four....huh...try punya try makin try makin menjadi bila menjadi kita seronok untuk berblog ape2 hal apa saja yang kite tak tahu kite bole belajar dan bile kite belajar insyaALLAH kita bole jadi pandai dan bile kite pandai manfaatkanlah ilmu yang kite pelajarai itu untuk kebaikan semua orang adiosss...nak try lg nihhh..kih kih kih..

Friday, March 19, 2010

Apa yang anda lihat itulah yang anda dapat


salam semua,tujuan saye mewujudkan blog ini adalah untuk memberi pilihan kepada anda semua untuk memiliki barang atau peralatan yang mungkin anda semua cari dari sekecik-kecik bende sehingga ke sebesar-besar bende.Tengoklah mungkin ade bende yang anda berkenan.....JomKawtim ;)